Wednesday, November 10, 2010

Asal-usul Rungus Berdasarkan Pandangan & Teori Anthropologists

Kita beruntung kerana dilahirkan di sebuah negara yang aman dan makmur seperti Malaysia. Pada ketika ini negara kita Malaysia sedang di dalam usaha untuk membentuk “Bangsa Malaysia” tanpa menghapuskan identiti asal etnik-etnik di Malaysia. Oleh itu adalah wajar untuk kita mengetahui seba sedikit mengenai identiti, sejarah dan perkara-perkara yang berkaitan dengan bangsa kita.

Saya tertarik dengan beberapa pertanyaan yang diketengahkan oleh rakan-rakan di Radio Rungus Online Group mengenai asal-usul bangsa Rungus. Berikut adalah petikan yang mungkin berguna dan berkaitan dengan persoalan tersebut.

“North Borneo was blessed with waterways and channels teeming with marine and human life introduced by early land bridges which had carried migrants in from areas now called Vietnam and Southern China. Some anthropologists believe these people began pouring into Borneo about 20,000 years ago. Then, as global climate warmed, polar ice caps melted. Sea levels rose, washing over the once useful tendrils. This trapped the early explorers on the fertile island of Borneo. Their descendants settled the land to become the island’s first known indigenous peoples.


That’s one version of the story. Another more prevalent theory is that a group from the Mongolian region migrated to Borneo some 5,000 years ago. Naturally enough, these people settled the coastal areas first. Today, these people are defined by modern anthropologists and linguists as the Borneo superstock. Later, as the primarily Muslim Malay, Bajau and Suluk races settled the same areas, the Borneo superstock migrated deeper and deeper into the heartland of North Borneo.” (Granville-Edge, P.J. 1999)

Berdasarkan petikan di atas, kita boleh mengambil kesimpulan bahawa semua penduduk asal (indigenous peoples) Sabah adalah berasal dari tanah besar Asia. Teori pertama menyatakan bahawa penduduk asal Borneo dipercayai datang dari kawasan yang sekarang dipanggil Vietnam dan Southern China kira-kira 20,000 tahun dahulu. Teori kedua mengatakan bahawa penduduk asal Borneo berasal dari sekumpulan Mongolia yang berhijrah ke Borneo kira-kira 5,000 tahun dahulu. Teori serta pandangan anthropologists dan linguists ini secara tidak langsung menafikan bahawa penduduk asal Borneo termasuk Kadazan, Dusun dan Rungus adalah berasal dari Nunuk Ragang.

“The superstock” tersebut telah terpisah-pisah tempat tinggalnya. Keadaan ini mungkin berlaku disebabkan oleh amalan pertanian pindah atau mencari tempat yang lebih sesuai untuk berkampung. Keadaan bentuk muka bumi Borneo yang bergunung ganang menyukarkan mereka berhubung dengan kumpulan asalnya. Akhirnya mereka masing-masing membentuk komuniti baru yang mempunyai bahasanya yang tersendiri dan unik. Proses pembentukan bahasa baru ini berlaku dalam tempoh masa yang sangat lama. Komuniti baru yang mempunyai bahasa tersendiri dan unik ini adalah bangsa baru. Bangsa dikenali daripada bahasa dan bahasa adalah jiwa bangsa.

“There, as various fractions of the superstock made their homes in different places, ........division soon developed within their communities. In a manner reminiscent of the Biblical account of the Tower of Babel in Mesopotamia, the Borneo superstock division was also based on language usage.” (Granville-Edge, P.J. 1999).

Teori migrasi “the superstock” dari tanah besar Asia adalah selari dengan pandangan Steve Oslon, seorang penulis sains yang terkenal. Steve Oslon telah merantau merentasi empat benua untuk menjejak asal-usul manusia moden dan pola migrasi di seluruh dunia sejak 150,000 tahun dahulu.

“Like Jared Diamond’s Guns, Germs and Steel, Mapping Human History is a groundbreaking synthesis of science and history. Drawing on a wide range of sources, including the latest genetic research, linguistic evidence, and archaeological findings, Olson reveals the surprising unity among modern humans and “demonstrates just how naive some of our ideas about our human ancestry have been” (Discover).Olson offers a genealogy of all humanity, explaining, for instance, why everyone can claim Julius Caesar and Confucius as forebears.” (Olson, S. 2010).

Dikatakan bahawa manusia berasal dari seorang lelaki dan seorang perempuan yang berasal dari Afrika utara. Berdasarkan perbandingan DNA artifak manusia yang dijumpai, pergerakan manusia purba tersebut telah dikenalpasti bermigrasi dan tersebar dari Afrika ke Timur Tengah, Eropah, Asia, Polinesia dan seterusnya Amerika. (Olson, S. 2010). Rajah di sebelah adalah laluan migrasi manusia purba ke seluruh dunia. Klik rajah tersebut untuk mendapat imej yang lebih besar. Maklumat ini menguatkan lagi teori bahawa “the superstock” termasuk bangsa Rungus adalah berasal dari tanah besar Asia.

Terdapat banyak suku-suku kaum di negeri Sabah. Bagaimanapun kesemua bahasa tersebut boleh dikategorikan kepada sekurang-kurangnya 4 kumpulan bahasa utama di Sabah iaitu Dusun, Murut, Rungus dan Paitan.

Bahasa Rungus mempunyai ciri-ciri yang unik dan tersendiri berbanding Dusun, Murut dan Paitan. Perbezaan tersebut amat ketara di dalam perkara-perkara berikut:
  1. Struktur tatabahasa yang unik dan berbeza. Rungus sangat banyak menggunakan imbuhan perkataan samada di awal, pertengahan dan akhiran sesuatu perkataan. Penggunaan imbuhan tersebut adalah unik dan tidak digunapakai di dalam bahasa lain di Sabah. Penyusunan kata kerja, kata nama, kata sifat dan unsur-unsur lain sesuatu ayat lengkap juga adalah berbeza.

  2. Kewujudan alofon b, d dan l di dalam sistem ejaan bahasa Rungus yang sangat unik dan dipercayai tidak menyerupai atau digunapakai di dalam mana-mana bahasa di dunia.

  3. Sungguhpun wujud persamaan perbendaharaan kata yang digunapakai oleh kumpulan bahasa Dusun, Murut dan Paitan, namun peratusan perbendaharaan kata yang sama adalah rendah.

  4. Penutur asli bahasa Dusun, Kadazan, Murut dan Paitan, apabila diminta berkomunikasi di antara satu sama lain, menggunakan bahasa asli mereka, ternyata tidak dapat memahami antara satu sama lain.

  5. Rungus adalah salah satu bangsa di Sabah yang mempunyai bahasa dan nama bangsa yang tersendiri sejak zaman-berzaman. Walaupun suatu ketika dahulu, kod bangsa Rungus tidak wujud di Jabatan Pendaftaran Negara dan nama bangsa di dalam surat beranak tertulis Dusun atau kadazan tetapi orang Rungus tidak pernah mengaku bahawa mereka adalah keturunan Dusun atau Kadazan. Inilah uniknya bangsa Rungus.

BIBLIOGRAFI

Granville-Edge, P.J. (1999). The Sabahan: The Life & Death of Tun Fuad Stephens. Kuala Lumpur: The family of the late Tun Fuad Stephens.

Olson, S. Mapping Human History: Genes, Race, and Our Common Origins Review. Retrieved Nov. 10, 2010, from the World Wide Web: http://yovia.com/blogs/history/2010/10/08/mapping-human-history-genes-race-and-our-common-origins/

No comments:

Post a Comment

Popular Posts