- Pertandingan Sukan Tradisi
- Pertandingan Menyanyi Lagu Rungus
- Pertandingan Menyanyi Lagu Tradisi Rungus
- Persembahan Muzik Tradisi Rungus
- Pertandingan Memalu Gong
- Persembahan Kebudayaan Suku-suku Kaum di Daerah Pitas
Sukan tradisi yang akan dipertandingkan ialah:
- Tarik Tali
- Mingranggow
- Mongoniwkoniw
- Mangalasiw
Persembahan kebudayaan yang akan dipersembahkan ialah:
- Mongigol sumundai
- Manaradan
- Sumazau
- Tarian Tombonuo
- Tarian Mominakang
- Tarian Sungai
- Tarian Tobilung
- Tarian Bajau
- Tarian Pakiring
Pesta Magahau yang akan diadakan selama 2 hari ini akan diserikan oleh artis-artis Rungus. Di antaranya yang dijangka akan membuat persembahan ialah Robert Angkangon, Vincent Duan, Jelson S. Goling, Masdin, Jonil, Brenda Junan, Rosmoi, Charles Osingko, Jurik dan ramai lagi. Pihak penganjur juga telah merancang untuk menjemput Stacy AF dan Ampal Production untuk membuat persembahan sepanjang pesta Magahau tersebut.
Sehingga kini sudah 3 siri mesyuarat Jawatankuasa Pengelola untuk persediaan pesta Magahau 2010 di Kanibongan, Pitas. Lawatan tapak oleh Jawatankuasa Pengelola telahpun dilakukan pada 24.8.2010. Kini kerja-kerja persediaan di tapak pesta Magahau dan lokasi untuk upacara mamapak sedang giat dilakukan. Borang-borang penyertaan pertandingan kini sedang diedarkan oleh AJK yang berkenaan.
Pihak penganjur mensasarkan seribu orang pengunjung pada hari pertama dan sebanyak dua ribu orang pada hari kedua pesta Magahau. Acara pesta Magahau bermula pada jam 2.00pm hari pertama dengan acara pertandingan lagu-lagu tradisi, sukan-sukan tradisi dan persembahan artis-artis tempatan. Pada malam hari pertama, malam kebudayaan akan diadakan dan akan diserikan oleh persembahan pengenalan peserta-peserta gimpuhut. Pengusaha-pengusaha gerai makanan setempat (penjaja makanan) adalah digalakkan untuk menjual makanan dan minuman sepanjang pesta ini.
Acara kemuncak akan berlaku pada hari kedua di mana acara mamapak dan pertandingan akhir gimpuhut akan diadakan. Makanan untuk seramai dua ribu orang akan disediakan untuk makan tengahari pada hari kedua. Acara dijangka selesai sebelum jam 7.00pm pada hari kedua pesta Magahau.
Kini persediaan pesta Magahau sudah menghampiri 80% siap. Tarikh pelaksanaan pesta Magahau pula lebih kurang 5 minggu lagi. Berjayakah pihak penganjur mencapai sasaran dari segi bilangan pengunjung pesta ini? Berjayakah penganjur mempamerkan identiti kebudayaan yang sebenar bagi suku kaum Rungus? Rasanya prestasi ini bergantung kepada sejauh mana suku kaum Rungus bersatu untuk memartabatkan identiti bangsanya sendiri. Apapun, pihak penganjur amat berharap agar penganjuran kali ini akan lebih berjaya daripada pengajuran tahun sebelumnya dan mampu mendatangkan impak positif yang ketara kepada masyarakat setempat khususnya suku kaum Rungus di Malaysia.
No comments:
Post a Comment