Sunday, November 14, 2010

20 Perkara - TPM Jamin Hak Sabah Terjaga

The Borneo Post, Friday, November 12, 2010 di dalam artikel bertajuk "Sabahans assured of rights protection", (front page), telah melaporkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri telah memberi jaminan bahawa hak-hak penduduk Sabah adalah terjaga di dalam perlembagaan Malaysia. Beliau menyatakan perkara tersebut semasa mengulas kenyataan pembangkang bahawa kerajaan tidak menghormati "20 Points Agreement for Sabah".

Berikut adalah maklumat yang diperolehi dari Wikipedia, the free encyclopedia, di link berikut http://en.wikipedia.org/wiki/20-point_agreement_(Sabah) mengenai Perjanjian 20 Perkara tersebut.

History
The 20 points were written with a view to safeguarding the interests, rights, and the autonomy of the people of Sabah upon the formation of the federation of Malaysia. A similar proposal, with certain differences in content, was made by Sarawak, and is commonly referred to as the 18-point agreement.

Attention is often drawn to these memoranda by those who believe that their principles were not subsequently adhered to after federation. There have been numerous calls for the 20 point memorandum to be reviewed so as to take into account social, economic, and political changes over time.

Brief timeline of related events (1962)
21 March: At a meeting of the Greater Malaysia Committee there was agreement that it would be preferable to wait for the Cobbold Commission, which had been tasked with assessment of support for the proposal in North Borneo and Sarawak, to complete its report, in order to consider its findings before a decision was made on the federation of Malaysia.

21 June: The Cobbold Report was completed and submitted to the prime ministers of Britain and Malaya (confidentially). The report concluded that one third fully supported the idea, one third were in favour provided that safeguards were included, and the remaining one third were divided between those who would prefer North Borneo and Sarawak to gain independence prior to the merger and those who rejected the merger outright. The Commission's view was - firm support for a federated Malaysia (with transfer of sovereignty within twelve months), incorporating a transitional arrangement in which the British would remain for the first few years.

31 July: The British and Malayan governments decided in principle that the proposed Federation of Malaysia should be brought into being by 31 August 1963. An Inter-Governmental Committee (IGC) was to be formed to work on future constitutional arrangements.

August: The Report was published to all parties. Reportedly, this came as a surprise to North Borneo.

13 – 14 August: Donald Stephens convened a meeting of political leaders who drew up a 14 point (later 20 point) memorandum of minimum demands. This gained support from Sarawak.

Thursday, November 11, 2010

It Inantadon dot riniba - Rungus om bansa vokon dit nokogulu rumungkap sid Borneo

Kanangan ko it kenempurasan dit ongo anthropologist dit inantadon dot riniba kodori, sid iso ot ngilid, mad kematan dot nentapatan no banal dot it boros dot kitab dot iti riba diti antad sid iso ot ondu o miso ot kusai, inono i Adam om i Hawa. Sid ngilid koduvo, koluvo ong it taman eden dino nga sid Afrika Utara, sid sibak dot gurun Sahara. Nga ong it sid kitab gima iri mad banal no ko avantang it putanaon sid taman Eden. Topot ong sinod sibak dot guru Sahara dino, mad kobuatano ong amu no tantu osubul it tana dau. Tau no ma, dati, ong varo no kinosimbanan dit putanaon antad kagama dit Kinoringan iti pomogunan. Kasip oku dot varo kinosimbanan tu it linusuvon it pomogunan hiza di nabi Noah diri, tantu kagama dot osimban it kobuatano dit putanaon dot pomogunan.

Rajawan 1: It Inantadon dot Riniba Kodori


Wednesday, November 10, 2010

Asal-usul Rungus Berdasarkan Pandangan & Teori Anthropologists

Kita beruntung kerana dilahirkan di sebuah negara yang aman dan makmur seperti Malaysia. Pada ketika ini negara kita Malaysia sedang di dalam usaha untuk membentuk “Bangsa Malaysia” tanpa menghapuskan identiti asal etnik-etnik di Malaysia. Oleh itu adalah wajar untuk kita mengetahui seba sedikit mengenai identiti, sejarah dan perkara-perkara yang berkaitan dengan bangsa kita.

Saya tertarik dengan beberapa pertanyaan yang diketengahkan oleh rakan-rakan di Radio Rungus Online Group mengenai asal-usul bangsa Rungus. Berikut adalah petikan yang mungkin berguna dan berkaitan dengan persoalan tersebut.

“North Borneo was blessed with waterways and channels teeming with marine and human life introduced by early land bridges which had carried migrants in from areas now called Vietnam and Southern China. Some anthropologists believe these people began pouring into Borneo about 20,000 years ago. Then, as global climate warmed, polar ice caps melted. Sea levels rose, washing over the once useful tendrils. This trapped the early explorers on the fertile island of Borneo. Their descendants settled the land to become the island’s first known indigenous peoples.

Wednesday, November 3, 2010

Konvensyen Undang-undang Adat Matunggong 2009

Konvensyen Undang-undang Adat Matunggong yang diadakan pada 3 hingga 5 Ogos 2009 merupakan satu lagi kejayaan Mahkamah Anak Negeri Matunggong bagi memartabatkan lagi undang-undang anak negeri khususnya undang-undang adat yang berkaitan dengan suku kaum Rungus. Konvensyen kali ini adalah yang kedua kali dan dianggap sangat berjaya.

OKK Thomas Jamalun Ojimal, selaku Ketua Daerah Matunggong dan jawatankuasa pelaksana, mengharapkan konvensyen ini dapat menyumbang kepada ketamadunan Rungus khususnya di dalam bidang undang-undang adat dan budaya berfikir suku kaum Rungus.

Sepanjang konvensyen ini berlangsung, pelbagai isu berkaitan dengan undang-undang adat negeri termasuk budaya suku kaum Rungus telah dikupas melalui pembentangan-pembentangan pelbagai kertas konsep. Pembentang-pembentang pula adalah terdiri daripada pengamal undang-undang adat dan peguam-peguam suku kaum Rungus. Turut dijemput menceramah ialah pegawai dari Jabatan Tanah dan SUHAKAM.

Tuesday, November 2, 2010

Dilema Magahau- antara identiti, budaya dan kepercayaan.

Petang 25 Oktober 2010, selepas urusan kerja di Kota Marudu, saya terjumpa secara tidak dirancang, En. Mojial Mongulizang, seorang ketua anak negeri (KAN) di Mahkamah Anak Negeri Matunggong. Di dalam pertemuan tersebut saya sempat berbual dengan beliau, di sebuah restauran di pekan Goshen, Kota Marudu. Semasa perbualan tersebut, saya sempat juga menyelitkan beberapa soalan mengenai Magahau. Beliau adalah di antara ketua anak negeri (KAN) yang paling berpengalaman di Mahkamah Anak Negeri Matunggong. Beliau juga adalah salah seorang pembentang artikel di Konvensyen Undang-undang Adat Matunggong 2009.
Dari kiri: En. Benjohn Simbaku, KAN Mojial Mongulizang,
En. Oriun Merindu dan Pdt. Jimmy Assam (Presiden PCS)
sedang berehat semasa
Konvensyen Undang-undang Adat Matunggong 2009.


Menurut beliau, Magahau pada masa dahulu, sememangnya sering diiringi dengan upacara mamapak. Ini disebabkan oleh kebiasaan bangsa Rungus pada ketika itu, iaitu setiap binatang piliharaan yang disembelih mesti ada hubungkaitnya dengan ritual (penyembahan). Menurutnya lagi, walau ayam sekalipun, jika disembelih mestilah ada kaitannya dengan penyembahan. Apatah lagi Magahau yang sudah tentunya akan mengorbankan banyak binatang untuk dijadikan lauk pauk semasa pesta tersebut.

Walau bagaimanapun di zaman yang moden ini, beliau juga bersetuju bahawa Magahau boleh dianjurkan tanpa upacara mamapak. Ini disebabkan kepercayaan lama tersebut tidak lagi diamalkan oleh bangsa Rungus yang sudah memeluk agama Kristian ataupun Islam.

Wednesday, September 22, 2010

Magahau akan disambut secara besar-besaran tahun ini

Pitas: Anggaran Kos sebanyak RM95,650.00 telah dipersetujui oleh AMT SAMORA untuk membiayai pesta Magahau 2010. Demikian dimaklumkan oleh En. Jose Modsinupu, Pengerusi Pengelola Bersama Pesta Magahau 2010 semasa mesyuarat Jawatankuasa itu di bilik mesyuarat Pejabat Daerah Pitas pagi tadi. Anggaran Kos ini adalah jauh lebih besar berbanding kos tahun lepas yang hanya berjumlah RM68,000.00. Anggaran Kos Magahau kali ini memberi peruntukan paling banyak untuk acara mitarab gimpuhut (ratu cantik suku kaum Rungus) dan upacara mamapak yang menjadi identiti pesta Magahau.

Bagi acara gimpuhut, hadiah dan gelaran kemenangan diberikan kepada pemenang sehingga tempat ke-7. Tempat ke-8 sehingga tempat ke-10 akan diberi saguhati pusingan akhir. Saguhati penyertaan pula akan diberikan kepada 20 orang peserta. Bagi acara Mamapak pula, sebanyak 7 buah pinapakan akan dibena. Acara-acara lain yang turut diberi perhatian ialah seperti berikut:

Monday, September 20, 2010

SAMORA menghulur bantuan sempena hari raya

Matunggong: Keluarga En. Yakang atau lebih dikenali sebagai En. Morijon (golongan warga emas) di Kg. Pinawantai, Matunggong bernasib baik kerana terpilih sebagai salah satu penerima bantuan daripada SAMORA sempena hari raya 2010. Rombongan AMT SAMORA yang diketuai oleh presidennya En. Jelani Hamdan telah mengunjungi kediaman keluarga tersebut kira-kira jam 4.00pm tadi untuk menyerahkan bantuan berupa tong gas, dapur gas dan hamper makanan.

Menurut En. Jelani Hamdan, sumbangan ini adalah sempena sambutan hari raya tahun ini. Beliau berharap lebih ramai lagi keluarga yang hidup dalam keadaan daif di Matunggong dapat dibantu oleh kerajaan atau pihak NGO lain. Pihak SAMORA akan berusaha menarik perhatian pihak NGO yang berkenaan untuk melaksanakan aktiviti kebajikan di Matunggong. SAMORA juga akan mengenalpasti keluarga-keluarga yang benar-benar perlu dibantu untuk menerima bantuan seterusnya daripada SAMORA atau pihak-pihak lain.

Rumah kediaman En. Yakang yang terletak di laluan bertar kira-kira 3km sahaja dari pekan Matunggong, kelihatan agak daif, kecil dan ruangnya sempit. Rumah yang berukuran lebih kurang 13 kaki persegi itulah tempat mereka berteduh, memasak, tidur dan sebagainya. Bantuan SAMORA yang sangat kecil itupun sudah memadai untuk menggembirakan mereka.

Kami dimaklumkan oleh orang ramai yang turut datang menyambut kami bahawa ramai lagi keluarga seperti ini di Matunggong yang memerlukan bantuan. Pihak SAMORA akan berusaha untuk membantu tetapi setakat manakah kemampuan SAMORA? Ini adalah masalah sejagat dan perlu ditangani bersama oleh pemimpin-pemimpin politik, agensi-agensi kerajaan dan NGO-NGO yang berkaitan.

Sunday, September 19, 2010

Pekan Sikuati: Pusat sosio-ekonomi suku kaum Rungus yang tertua

Pekan Sikuati adalah sebuah pekan yang terletak di utara negeri Sabah, kira-kira 22km dari bandar Kudat. Pada asalnya pekan sikuati ini adalah kawasan ladang padi suku kaum Rungus dan diberi nama kampung rampai. Nama ini diberikan nama Kg. Rampai kerana kawasan tersebut sangat subur sehingga padi yang ditanam tumbuh sehingga melepasi ketinggian tunggul-tungul kayu balak yang terdapat di sana. Dalam bahasa Rungus dikatakan "Sangrampai-rampai sid tuod it uva dot parai".

Kawasan tersbut mula didiami oleh beberapa keluarga cina apabila jalan raya yang menghubungkan Kg. Tongkang dan Kudat telah siap dibina oleh kerajaan British pada masa itu. Kg. Tongkang pada masa itu adalah pelabuhan bagi tongkang-tongkang cina. Sebab itulah dinamakan Kg. Tongkang. Kg. Tongkang mempunyai pelabuhan yang terlindung daripada angin kencang dari semua arah. Sebab itulah ia menjadi pilihan pengemudi tongkang-tongkang cina untuk berlabuh.

Keluarga cina yang mendiami kawasan tersebut telah membuka kedai runcit untuk membekalkan keperluan penduduk di sekitarnya. Pengujudan sebuah sekolah rendah pada ketika itu di kawasan tersebut menjadikan tempat tersebut semakin menjadi tumpuan ramai. Akhirnya "badi" atau "tamu" yang merupakan pasar yang dibuka seminggu sekali diwujudkan di kawasan tersebut. Penjual dan pembeli bertemu di "badi" setiap hari Ahad untuk berurusniaga.

Selain membeli keperluan harian, pengunjung-pengunjung juga turut bersosial seperti bersembang-sembang di kedai kopi, bertukar-tukar maklumat dan seumpamanya. Fenomena ini menjadikan kawasan tersebut menjadi bukan sahaja pusat perniagaan tetapi juga tempat untuk suku kaum Rungus bersosial.

Apabila masa berlalu, kawasan tersebut semakin maju dan diberi nama pekan Sikuati. Sehingga sekarang, masih tidak dapat dipastikan mengapakah kawasan tersebut dinamakan pekan Sikuati dan bukannya pekan Rampai. Kawasan yang dahulunya dinamakan Kg. Rampai kini telah terbahagi kepada Kg. Rampai Besar, Kg. Rampai, Pekan Sikuati dan Kg. Rampai Selatan.

Pada masa ini, pekan Sikuati semakin maju tetapi masih lagi mengekalkan identiti "badi" atau "tamu" yang diadakan setiap hari Ahad. Pengunjungnya juga masih lagi menjadikan tempat ini, bukan sahaja untuk berurusniaga tetapi juga untuk bersosial. Justeru itu pekan Sikuati bolehlah dianggap sebagai pusat sosio-ekonomi suku kaum Rungus yang tertua.

Pada masa kini dianggarkan 90% pengunjung tamu Sikuati adalah suku kaum Rungus dan 10% lagi adalah suku kaum lain. Sementara 50% penjual di gerai-gerai atau penjaja (tidak termasuk kedai runcit di rumah-rumah kedai) adalah dari suku kaum Rungus dan selebihnya adalah suku kaum lain. Hanya sebuah restoran, sebuah kedai runcit, sebuah cyber cafe, sebuah kedai alat ganti kereta, sebuah saloon kecantikan dan sebuah kedai fotokopi yang pemiliknya adalah dari suku kaum Rungus.

Statistik di atas menunjukkan, penglibatan suku kaum Rungus di dalam dunia perniagaan yang agak kurang walaupun di dalam daerahnya sendiri di mana jumlah mereka adalah majoriti. Mengapakah ini berlaku? Banyak faktor yang boleh menyebabkan perkara ini berlaku. Tetapi yang jelas, suku kaum Rungus perlu memikirkan sesuatu agar tidak terus terpinggir di dalam arus pembangunan negara. Ada orang mengatakan "Jika kita terpinggir di kawasan kita sendiri apatah lagi di kawasan orang lain, yang mana suku kaum lain yang majoriti." Mungkin ungkapan tersebut kurang tepat, tetapi di manakah pekan di Malaysia ini yang mana suku kaum Rungus adalah minoriti tetapi majoriti peniaganya adalah suku kaum Rungus?

Kini terdapat 5 buah blok rumah kedai konkrit yang beroperasi sejak tahun 2001 dan sebuah lagi blok rumah kedai konkrit yang hampir siap sepenuhnya. Kerajaan juga telah membina lima buah sekolah iaitu SK Lok Yuk, SRK Sikuati, SMK Sikuati, SMK Sikuati II dan SM Teknik. Terdapat dua buah pusat kesihatan iaitu Klinik Kesihatan Sikuati dan Pusat Kesihatan Desa UMS. Kemudahan-kemudahan lain yang disediakan ialah Pusat Latihan Dakwah, Pusat Latihan Giat MARA dan Balai Polis Sikuati.

Popular Posts