Menurut En. Jelani Hamdan, sumbangan ini adalah sempena sambutan hari raya tahun ini. Beliau berharap lebih ramai lagi keluarga yang hidup dalam keadaan daif di Matunggong dapat dibantu oleh kerajaan atau pihak NGO lain. Pihak SAMORA akan berusaha menarik perhatian pihak NGO yang berkenaan untuk melaksanakan aktiviti kebajikan di Matunggong. SAMORA juga akan mengenalpasti keluarga-keluarga
Rumah kediaman En. Yakang yang terletak di laluan bertar kira-kira 3km sahaja dari pekan Matunggong, kelihatan agak daif, kecil dan ruangnya sempit. Rumah yang berukuran lebih kurang 13 kaki persegi itulah tempat mereka berteduh, memasak, tidur dan sebagainya. Bantuan SAMORA yang sangat kecil itupun sudah memadai untuk menggembirakan mereka.
Kami dimaklumkan oleh orang ramai yang turut datang menyambut kami bahawa ramai lagi keluarga seperti ini di Matunggong yang memerlukan bantuan. Pihak SAMORA akan berusaha untuk membantu tetapi setakat manakah kemampuan SAMORA? Ini adalah masalah sejagat dan perlu ditangani bersama oleh pemimpin-pemimpin politik, agensi-agensi kerajaan dan NGO-NGO yang berkaitan.
No comments:
Post a Comment